Sunday, May 22, 2011

sangat menyakitkan,.. memang manis mulanya,. tp akhirnya,.hanya tuhanje yg tahu,.. jauhkan aq dari semua ni ya Allah,.. aq mohon,..

Tuesday, March 15, 2011

cuti sekolah

hmm,.. salam,..
mmg perkara besa pas subuh tido blik,. n bla cuti lg lma asenye tido 2,..
cuti nyh x g mna2 pon,. homework yg ckgu bg mcm la sebulan yg kmi cuitnya,. adoooh,..
hmm,. bukak kolah nyh da krusus pentabiran koop,.. pas 2 forum n ltihan drama,..
spm ezrina,......
hmm,. enth la apa nk jd,.. mr pedy slalu ckp,. aq pentingkn org len dr dri aq sndri,. hmm,.. sbb... aq x kn leyh epy kalu tngok org keliling aq sdih.. biar la,. mmg idop nyh perlukn 1000 pengorgbanan,. n aq x ase pon bnda2 2 beban untk aq,.. slagi semua nya kita wat ikhlas kerana Allah.
hmm,. bnyk ragam yg aq tngok mmbuatkn aq lebih matang melalui idop nyh,..
kwn,... mslah dowg,. mslah dri,..
hmm,.. kalu nk dpikirkn masalah mmg x pernah n x kn abis,..
skang nyh aq x bape chat sngt,. dh bape mngu dh,..
hope cpt smbuh,..
pa pon alhmdllh untk semu yg terjadi,. :)
kadang-kadang apa yang kita rancang bukan ditakdirkan untuk diri kita,..
mungkin sudah tersurat hakikat hidup yang perlu kita lalui,. yang perlu kita harunggi,.
kerna bukan semua yang kita inginkan adalah milik kita,.
redha dan berserahlah selalu pada Allah,.. moga walau apa jua yang berlaku kita sentiasa redha dan pasrah..jika kita tidak merasai kepahitan hidup kita tidak akan merasai kemanisannya,.
dan bukan senang mengharunggi kepahitan hidup sebagai hamba Allah jika kita tidak mempunyai pegangan yang kuat dengan tali Allah,.
sebaiknya berdoa dan bermohonlah supaya dipinjamkan sedikit kekuatan dari Allah,.. kerna hanya kerna izinnya lah kita masih mampu meneruskan liku-liku hidup ini,..
jadilah seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan taat dengan sentiasa menginsafi segala kesalahan dengan seibu penyesalan disusuli taubat,..
mungkin kita masih leka dan asyik dengan segala dosa yang kita lakukan kerna kita belum dihadapkan pada hari pembalasan,..
tapi percayalah,. tiada seorang insan yang mampu mengelakkan dirinya dari hari pembalasan dan perhitunggan,.
moga kita sentiasa dipelihara dunia akhirat,.. amin

Wednesday, February 23, 2011

~hati yg x mnentu,.. humm... can i love u with all my heart,..?

It wasn't supposed to be love
It was never supposed to be
I fooled myself many times before, but my heart keeps on calling you
Before i tried to run away
I tried to push a step away
But even then you were growing bigger inside me

I must love you this much
I must wait for you this much
No matter how much it hurts, my heart can't leave you
There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you, now I can tell you everything

Your warm eye expression
Your warm love
You are growing bigger inside me

You must have loved me
You must have waited for me
No matter how much I made you hurt, your heart can't leave me

There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you, now I can tell you everything
I love you

Sometimes love, or tears will cause problems for us
I love you, I love you I just need you next to me

I must still love you
I must be waiting for you
I could fool my mind, but not my heart

There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you, now I can tell you everything
I love you

Sunday, February 20, 2011

~wonder~

hmmm,.. btol ka apa yg aq ase nyh haa,..
atau hnya prasaan aq je.. hmm.. tp kalu btul pon x kn la dy 2 nk gtaw aq tntng prasaan dy,. msti dy tkot aq kcwa kn,.. tp aq hrap sngt2,.. hakikat akn terbukti,..
x slesa la slagi x taw bnda btol nyh,.. hmm.. tp aq ase, prasaan aq nyh x slh,.. mulut leyh kta len,. tp hati,. tuhan je yg tahu,.

Thursday, February 17, 2011

mohon kekuatan Ya Allah,..

kehidupan x selalunya mengambarkan kebahgiaan,.
kadang2 kita rasa yg kita dh cuba lakukan yg terbaik dlm kehidupan kita,. sdangkan hakikatnya hanya tuhan je yg tahu,,
perhubungan dlm kehidupan mmg sesuatu yg dtuntut,. tp ingt,. jgn terlalu terhutang budi dgn seseorg,. kerna kita x dpt ukur sejauh mana keihlasan hati seseorg dlm mnolong kita,..
mmg bnyk liku-liku khidupan yg kita lalui,.. dan semu 2 mmatangkn lg kita,. mngajar kita apa sebenarnya erti kehidupan..
kdang2,.. masalah yg kita hadapi x dpt nk digambarkn dgn perkataan,.. pedih rsanya pendam perasaan nyh,.. tp mngkn aq dlahirkn sebagai seor yg pemendam,..
sbb aq x nk burukkn sape2,.. sbb dri kta sndri pon x smpurna,. mgkn ada sbb knp org 2 wat mcm 2,.. yg aq hrap,. hidup dy akn bhagai dunia akhirat,..
kerna aq yakin,. stiap kepahitan msti ada kemanisan,..

Monday, December 27, 2010

WITHOUT A WORD - PARK SHIN HYE

"without words",..

kadang2 kasih sayang nyh mmg ssh nk djelaskan,.. lagi2 pada orang yang kita sayang,..
hurm,.. kadang2 apa yg kita rasa memang tak dapt nk ditafsirkan dengan kata,...
perasaan tanpa kta-kata.... hurm.....
cinta memang aneh,... anugerah Allah,. hanya Allah yang memahami hati hambanya,..
memang bkn semua yg kita rancang 2 yang kita akn dapat,..
kadang2 kita kena redha bila lihat org yg kita syg,.. yg kita cinta dengan org lain,.. tp ingt,.. itu bkn hak atau milik kita,.
hurm,.. loving u,.. "without words",..

Monday, December 20, 2010

happy family,.. :)

hurm. macam keluarga org lain jgak,. ada mak,. ada ayah,.. ina pngl mak ina "mak" n ayah ina "ba"
kami ada 3 beradik,. n semua girl,..
yang sulung,.
nama kak ina nyh NUR DIANA BT ZAINUDDIN,.
berumur 19 thn,.. (2010)
kak ina skang bwu abis exm stpm,..
kak ina nyh mmg mnat bhg pengacaraan,.. so alhmdllh,. kak ina d beri pelung msok ke dlm rncangan GADIS MELAYU,.. dan berjaya menjadi finals GM,.. dan sekali merangukul tempat yg ke2,..
PERWATAKAN:
kak ina nyh mudah mesra,.. banyak ckp n kalu sekali dy gelak mmg susah nk berhenti,..
kak jenis yg simple,.. tp agk cerewet dlm sesetengah hal,.. mmg kuat mkn,..
apa yg ina suka,. kak pndai bg nasihat,. prihatin n sentiasa cuba menceriakan diri,..
ina pngl kak ina nyh "NANA",.. n semua kwn2 dy pon mmg pngl dgn gelaran 2 la,..
kak ska mkn nasi kndar,.. n mcm2 g la,..
wrna kegemaran,. pink,.
hurm.. pa pon gudluck la k?

yang kedua,.. 
haaa,... nyh ina,. hehe,..
nama sebenar NUR EZRINA BT ZAINUDDIN.. umo 16 thn (2010)
ina akn kedua,. n fmly ina pngl ina "ADIK"
ina ska bnda2 yg unik ,..
kalu dri segi gaya,. ina ska bnda2 yg simple n kemas,..
hobi ina,. ina ska tengok cermin,.. ckp sorang2,.. hehe,. (ina msih chat)
ina ska msak bnda2 yg merapu,..
ina ska bnda2 yg comel,...
n ina ska budak2!!
ina nyh jenis yg ska sngt2,. menilai,. x kira la benda ka,. manusia ka,.. segala bnda la,..
ina ska bg pndapat ina,. n suarakn pndpt,. n kalu ina ase sesuatu bnda 2 x btol,.. or 1 fakta yg salah ina akn bangkang! ina ska dengr mslah org,.. n akn cuba bntu sebaik mngkn insyaAllah,..
ina ska wrna2 yg terang,.. kalu untuk bja,. ina ska wrna merah,. wrna itam,. wrna biru terang.. kunig,.. oren,..
untuk bnda ina,. ina ska warna pink,. purple,.
ina bnyk sngt2 kekurngn n akn cuba mmperbaiki dri,. insyaAllah,..

yang ketiga,.. 
ok,. yg nyh adik ina,.. nama dy yg btol nye NUR MARINA BT ZAINUDDIN,. umo 14 thn (2010)
adik ina nyh mmg dgil sngt2,.. bnyk ckp,. n ssh nk berhnti ckp,.. tp kalu dpn org2 yg dy x knal or saudar mara mmg mcm pemalu,. kononnye la,. hee,..
dy nyh nakl,.. buas,. n x dgr ckp,..
hobi dy> ska tngkp gmbr kowt,..
test ina gan adk mmg berbeza,.. n dbndingkn ina gan akak kmi mmg selalu sma,..
adik ina nyh agk tinggi la,..
dy ska warna biru kowt,. kuat mkn.  tp bdn kecik,..
ha,. mcm 2 la,..

kesimpulanya,...... nyh la keluarga ina,... ina hrap sngt ukwah antara keluarga nyh akn sentiasa berkekalan,..
amin,.......
luv u all dear heart!!!

Friday, December 17, 2010

kita ingat lagi....

Biar Sampai Syurga

kata hati seorang anak...

Haikal - Epilog Silam bersama Lirik

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

      Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

                        Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

                        Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

menangis kerana takutkan Allah,..

  Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

                        Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

                        Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

                        Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

                        Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

pahlawan neraka

  Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

                        "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

                        "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Kisah lima perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
     Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.               Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                               Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                        Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

   Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

    Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Kepala Aswad Dicampak ke Tanah

setelah berhasil menghubungi Azaz, Qais segera keluar dan berunding dengan kawan-kawannya mengenai jalan terbaik untuk membinasakan Aswad. Sementara Aswad sendiri semakin terasa bahawa ada komplotan yang ingin memudaratkan dirinya. Dia mendapat tahu perkara ini dari syaitan-syaitan yang menjadi temannya. Dia mencurigai Fairuz dan selalu memanggilnya untuk disoal siasat, tapi Fairuz menafikan bahawa dirinya sedang memendam rasa benci.
    Suatu hari Aswad mengadakan sembelihan haiwan secara besar-besaran yang terdiri dari seratus ekor lembu dan unta di hadapan orang ramai. Tiba-tiba Aswad berkata kepada Fairuz: “Wahai Fairuz! Aku telah menerima wahyu bahawa engkau benar-benar ingin memusnahkan aku. Aku benar-benar bercadang akan menyembelih engkau seperti haiwan-haiwan ini.”
    Sekali lagi Fairuz menafikan tuduhan itu dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang membanggakan Aswad. Fairuz mengingatkan Aswad bahawa dirinya telah diberi pangkat sebagai pengetua kaum peranakan dan juga masih iparnya, mana mungkin akan menaruh dendam?
“Aku menyukai tuan, sebagaimana tuan menyukai aku.” kata Fairuz.
“Betul itu. Baiklah sila agih-agihkan danging haiwan ini kepada orang ramai.” kata Aswad Al-Insi.
    Akan tetapi apabila Fairuz selesai membagi-bagikan daging dan ingin berjumpa dengan Aswad, dia mendengar berita bahawa nabi palsu itu betul-betul ingin membunuhnya. Fairuz segera pergi kepada teman-teman sehaluannya untuk berunding. Masa telah suntuk. Kalau nabi palsu itu tidak segera dibunuh, nasib mereka yang diketahui belot pasti sangat berbahaya. Ketiga-tiga orang penting itu telah nekad untuk bekerja sama dengan isteri paksa Aswad untuk membunuhnya. Fairuz dipilih untuk berjumpa terus dengan Azaz, kerana dia masih sepupunya.
“Bilik-bilik kediaman Aswad dipagar dan dipenuhi dengan pengawal-pengawal, kecuali bilik yang ini yang tidak begitu ketat kawalannya.” kata Azaz kepada Fairuz.
    Walau bagaimanapun Azaz yang sangat menaruh dendam terhadap Aswad memberikan cara rahsia untuk sampai ke bilik tidur orang yang dibencinya itu. Dia mengarahkan agar membuat suatu lubang sulit yang boleh mencapai bilik Aswad, dan dia sendiri akan membantunya secara sulit pula. Setelah berbincang banyak, Fairuz segera berpaling akan keluar dari rumah Azaz. Akan tetapi tiba-tiba Aswad datang dan melihat Fairuz baru keluar dari Azaz.
“Kurang ajar. Hai Fairuz! Mengapa engkau berani masuk ke tempat isteriku?” kata Aswad dengan marahnya.
Tidak ampun lagi, Aswad menangkap batang leher Fairuz dan akan membunuhnya ketika itu juga. Nasib baik Azaz segera datang dan berteriak: “Jangan apa-apakan! Dia adalah saudara sepupuku datang menziarahiku. Apa salahnya.”
“Engkau diam!” kata Aswad menengking Azaz.
    Kerana masih merasa sangat sayang kepada Azaz yang sangat cantik jelita itu, Aswad tidak jadi membunuh Fairuz. Dia melepaskan cengkamannya dengan kasar sambil berkata: “Berambuslah engkau dari sini!”
“Selamat, selamat......” kata Fairuz yang masih ketakutan itu ketika berjumpa dengan kawan-kawannya dan menceritakan apa yang telah terjadi.
    Mereka terus berbincang langkah seterusnya. Azaz pula mengirim pesan agar azam mereka diteruskan dan menyatakan sokongannya. Ketika Aswad tidak ada, Fairuz masuk lagi ke rumah Azaz dan segera menggali lobang sulit. Tiada berapa lama Aswad pun datang, dan Azaz sudah bersedia dengan sikap seperti seorang yang sedang berziarah.
“Siapa lagi ini?” tengking Aswad.
“Dia saudara sesusuanku dan juga sepupuku. Mengapa engkau selalu curiga?” jawab Azaz.
    Fairuz pun dihalau keluar dan berjumpa dengan teman-temannya.
    Pada sebelah malam, mereka pun masuk ke rumah Aswad melalui lubang sulit yang telah dibuatnya. Azaz pula sudah siap sedia memberikan laluan kepada mereka untuk membunuh suaminya. Malam itu Aswad sedang berada dalam keadaan separuh sedar kerana mabuk arak dan tertidur pulas di atas tilam sutera. Ketika Fairuz masuk, syaitan-syaitan Aswad mengejutkannya lalu didudukkannya dalam keadaan separuh sedar.
“Ada apa dengan engkau hai Fairuz?” kata Aswad yang sedang tertidur mabuk itu.
    Fairuz khuatir Aswad akan sedar. Oleh kerana itu dia cepat-cepat menangkap kepalanya, menekan lehernya dari belakang, dipijak lalu dihantuk-hantukkannya kepala nabi palsu itu sehingga mati. Kemudian Fairuz keluar memberitahukan teman-temannya yang sedang mengepung di luar bahawa nabi palsu itu sudah mati. Gegap gempitalah takbir di sekitar itu. Akan tetapi syaitan-syaitan Aswad selalu menggerak-gerakkan tubuhnya sehingga kelihatan seperti masih hidup.
    Mereka pun tidak dapat memastikan bahawa dia telah mati. Azaz segera menarik rambut Aswad kuat-kuat, sehingga syaitan Aswad tak tentu hala. Sedang orang yang lain terus memotong lehernya, sehingga terpisahlah kepala nabi palsu itu dari badannya. Orang-orang yang berkawal di sekitar rumah kediaman Aswad merasa curiga apabila mendengar suara yang mencurigakan.
“Suara apa itu?” tanya mereka.
“Tidak ada apa-apa, hanya nabi sedang menerima wahyu.” jawab Azaz.
    Fairuz, Qais dan Dazwiyah berunding cara yang paling berkesan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa nabi palsu itu sudah dibunuh. Mereka sepakat untuk mengumpulkan orang ramai di sekitar istana menjelang Subuh. Menjelang Subuh, orang ramai pun berkumpul berpusu-pusu di sekitar istana kerana mengikut arahan. Mungkin dikatakan kepada mereka bahawa nabi Aswad memintanya mereka agar berkumpul. Mereka yang berkumpul bukan saja dari pengikut setia Aswad, tapi juga dari kalangan orang-orang beriman dan yang masih menyimpan iman di hatinya.
    Waktu Subuh pun masuk, Qais naik ke bumbung istana lalu melaungkan azan. Apabila sampai pada lafaz Asyhadu anna Muhammadarrasulullah.....tiba-tiba ditambah dengan Wa anna Abhalah (Aswad) pendusta”. Serentak dengan perkataan Abhalah, si tukang azan tiba-tiba melemparkan kepala nabi palsu Aswad ke tanah.
    Maka tahulah mereka bahawa Aswad yang angkuh itu sudah dibunuh. Maka gemuruhlah takbir, kepala Aswad lalu disepak-sepaknya ke sana ke sini. Orang ramai bertaubat dan kembali kepada agama Islam yang sebenar dan mengucapkan taat setia kepada Rasulullah SAW. Tamatlah riwayat nabi palsu Aswad Al-Insi setelah berkuasa selama lebih kurang empat bulan sahaja. Sementara di Madinah Rasulullah SAW telah mengetahui peristiwa tersebut dari Allah pada malam itu juga.
“Al-Insi telah dibunuh malam tadi oleh lelaki yang diberkati dari keluarga yang diberkati.” kata Rasulullah.
“Siapa itu wahai Rasululllah?” tanya sahabat.
“Fairuz Fairuz.” jawab Rasulullah SAW. Wallahu a’lam.
    Banyak pihak merasa lega dengan kematian Aswad, tapi ramai yang masih bimbang akan kemunculan konco-konconya yang mungkin boleh menggugat keamanan kaum Muslimin. Fairuz sendiri berkata: “Setelah Aswad kami bunuh, keadaan kita kembali seperti sedia kala dengan usaha Mu’az bin Jabal, dan dia yang menjadi imam solat kami. Akan tetapi walaupun Aswad sudah tidak ada, pasukan berkuda teman-teman Aswad masih ada. Kemudian setelah tersiar berita kewafatan Rasulullah, timbullah kegelisahan di merata tempat.”
    Kebimbangan Fairuz itu menjadi kenyataan apabila dikemudian hari banyak lagi Nabi palsu dan pembelot agama membuat kekacauan. Bahkan Qais bin Abdi Yaguth juga tiba-tiba murtad dan ingin berkuasa sepenuhnya, tapi dapat dipadamkan akhirnya.

Wednesday, December 15, 2010

tetaplah disisiku,...

Ya Allah…
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!”

Ya Allah…
Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..

Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalanku

Ya Allah …
Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu